Friday, June 3, 2011

Kalau 1 Trillion....duitnya banyak macam mana???

Di dalam suasana krisis kewangan global,selalu kita mendengar istilah 'Bail-Out' yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat yang mencecah sehingga Trillion Dollar,Jadi seperti apakah rupa lembaran wang Dollar itu jika jumlahnya sebanyak 1 Trillion USD?.Mari kita mulai dengan wang kertas 100 USD,pecahan terbesar wang kertas dollar.selembar wang USD $100 masih lagi boleh disimpan didalam dompet anda.
USD $100

selanjutnya mari kita lihat pula 100 lembar wang pecahan USD $100 yang bernilai USD $10.000,tebalnya kurang dari 1,27 cm (1/2 inci).
USD $10.000

Kemudian wang sebanyak 1 Juta Dollar yang terdiri dari 100 lembar wang USD $100 sebanyak 100 ikatan seperti gambar di bawah ini.Jumlah keseluruhan wang tersebut sekitar 10 kg.
USD $1.000.000

Jika nilainya bertambah menjadi sebanyak 100 Juta Dollar dengan lembaran dollar yang sama,maka beratnya akan menjadi sekitar 1 tan.untuk membawanya memerlukan bantuan 'Forklift'.
USD $100.000.000

Kemudian kita lihat pula wang sebanyak 1 Billion Dollar.pasti diperlukan ruangan yang cukup besar untuk menyimpannya,begitu juga dengan hal keselamatannya.
USD $1.000.000.000

Dan akhirnya bagaimana pula dengan wang sebanyak 1 Trillion Dollar,yang angka '0' sebanyak 12.Mari kita tengok gambar dibawah ini,begitulah rupa wang sebanyak 1 Trillion Dollar.Masih nampak tak lelaki berbaju merah di sudut kiri bawah?.
USD $1.000.000.000.000


BAPAK BANYAK DUIT TU!!!

1 comment:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...