Friday, May 20, 2011

Alahaiii...Gadis Moskot yang menyentuh hati~~

Tadi aku ada jelajah blog-blog korang...sambil tu aku search lah google tentang apa-apa yang best..Dipendekkan cerita aku ada terjumpa ini web yang mengisahkan seorang gadis ini.....seorang fotografi yg ambil gambar ini dan menceritakan pengalaman dia......Best wooooo....ada juga sikit-sikit tersentuhkan bila tengok gadis nie....korang layannn cerita ni~~~~



Saya sangka orang di sebalik topeng maskot 'kereta' tersebut adalah seorang lelaki,
tanpa sengaja saya melihatnya membuka topeng kerana kepanasan,rupanya dia adalah seorang gadis yang comel,
saya hanya berjarak 10 meter darinya,dia sebenarnya bertiga,namun 2 orang kawannya yang lain sedang bertugas.dia sedang berehat beberapa minit di sebalik pintu gerbang.
Dia mulai memakai kembali pakaian maskotnya dan bersiap kembali bekerja setelah rehat beberapa minit untuk mendinginkan tubuhnya.
Dia sedang mengangkat 'kereta' topeng maskot untuk dipakai di kepalanya, 
Dia bergerak mencari perhatian pengunjung,saya mengekorinya secara diam-diam.nampaknya ramai yang tidak tahu kalau di sebalik topeng maskot itu terdapat wajah gadis muda.
Mereka menghiburkan ramai orang,mereka memilih pakaian yang sopan dibandingkan gadis-gadis model di Auto Show.
Dia melayan pengunjung yang ingin bergambar bersamanya,mungkin pengunjung ingin berkongsi gambar tersebut di twitter ataupun di facebook.
saya agak marah dengan pemuda yang memutar topeng maskot yang besar itu.
Maskot lain dalam bentuk sang pari-pari melintas,saya rasa gadis ini lebih beruntung kerana wajahnya tidak tersembunyi di sebalik topeng maskot yang besar.
Gadis maskot kembali melepaskan penat lelah untuk beberapa minit.
Dia kelihatan basah kuyup kerana peluh,tapi udara segar mungkin akan mengembalikan tenaganya,
saya fikir dia adalah seorang mahasiswa,tapi saya tidak berani bertanya kepadanya,kerana saya rasa sedang melanggar undang-undang privasi seseorang.
Beberapa photographer professional meminta izin untuk mengambil gambar wajahnya,namun gadis maskot tersebut menolak dengan sopan.
Kembali bekerja setelah berehat beberapa minit,mencari perhatian pengunjung yang datang.
Dia kembali ke tempat pameran.Dia melihat model yang tengah berpose bersama kereta yang baru.mungkinkah ada perasaan iri di hatinya..........?.
Dia kembali melayan para pengunjung,tak kira tua atau muda,besar atau kecil,lelaki atau perempuan,semuanya dilayan tanpa terkecuali.
setelah sejam mengekorinya,saya nampak dia kelelahan yang amat sangat.
Berehat di balik pintu gerbang,melepaskan penat sambil membuka baju luarnya.
Dia kelihatan penat,saya memandang gadis tersebut dengan pandangan yang amat sayu.
Di saat matahari terbenam,dia melihat kerumunan orang ramai dari sebuah sudut yang sepi...........
Menyapa pakcik tukang sapu bersama senyuman dengan dua lesung pipi yang besar............
Seorang gadis model melintas di hadapannya,saya melihat ada kerinduan di gadis maskot tersebut untuk menjadi Cinderella.
Sebuah pemandangan kontras antara gaya hidup dan keterpaksaan berjuang dalam hidup,keduanya berada dalam realiti.
Mengelap peluh atau mengelap air mata......?,inilah kerja keras seorang gadis yang patut menjadi inspirasi bagi kita.


sumber: http://www.fcukz.co.cc/2010/06/gadis-maskot-comel-yang-menyentuh-hati.html#ixzz1MsgHm4ot



Apa pendapat anda...komen disini ...

15 comments:

  1. yup,sungguh menyayat hati. comel jugak,tapi inilah realiti hidup :)

    ReplyDelete
  2. yup, realiti. so pasni spe2 silala stalk id0p aku plak... msti korg lg sdihhh... hahaha ;P

    ReplyDelete
  3. itulah realiti hidup :( tak seindah mimpi

    ReplyDelete
  4. comel..!!! tp cian kan..new here..!!slm perknln..=D

    ReplyDelete
  5. @myra memg comell..hehe..salam berkenalan....hope u enjoy

    ReplyDelete
  6. @mad @ yana ya,inilah realiti hidup...ada suka ada duka..hehe

    ReplyDelete
  7. masih ada gadis yang tak sanggup menjaja tubuh demi wang yang tah berapa hari bertahan..
    salute la!!

    ReplyDelete
  8. LIKE....,
    Camnielah baguz..,sanggup penat lelah demi kerje yng halal..,

    ReplyDelete
  9. comelnya gadis maskot...xpe yg pntg dia usaha cr rezki halal xjual muka or body tp jual muka & body mascot...hoho...cayalah

    ReplyDelete
  10. gadis ni sebenarnya termasuk dlm kategori cantik..kalau dia mohon jadi pegawai pemasaran ke.. mesti dapat

    ReplyDelete
  11. terasa nk masuk minang pulak :)
    kesian

    ReplyDelete
  12. muka maskot tu senyum je.

    ReplyDelete

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...