Thursday, March 24, 2011

DR.SHAZRIZAL ::: MAKANAN




ANDA BERSAMA DENGAN
 DR.SHAZRIZAL....
MENGUNGKAP KESIHATAN LUMRAH MANUSIA !!!....


COPY-COPY OK AJAAA!!!




Tahukah anda kejayaan pada zaman Rasulullah S.A.W banyak bergantung pada cara pemakanan yang diambil.


Kejayaan negara Israel ketika ini juga bertitik tolak dari cara pemakanan seawal bayi lagi, sehingga kini mampu menjadi sebuah kuasa yang digeruni dunia.(bukan nak memuji...just give the info)


 Mungkin ramai yang pernah terbaca mengenai diet Rasulullah di laman-laman sesawang. Sebagai contoh, Nabi melarang pemakanan ikan bersama susu kerana boleh membawa penyakit. Ikan juga tidak boleh dimakan bersama-sama ayam. Kenapa??? kedua-dua binatang ini berlainan status kehidupan. Seekor berasal dari daratan dan seekor lagi di lautan. Ayam mempunyai cas positif manakala ikan mempunyai cas negatif. Apabila pengambilan kedua-dua makanan ini diambil secara serentak, reaksi biokimia akan terjadi dan menyebabkan usus akan mengalami kerosakkan dalam jangka masa panjang.



Sebelum kita lebih mengetahui secara lanjut berkenaan makanan, biar saya menceritakan serba sedikit mengenai dunia pemakanan sains dan nutrisi;


                                     



Nutrisi: Sains makanan dan nutrient serta bahan-bahan lain yang terkandung dan bertindak didalam badan (termasuk proses menelan, mencerna, penyerapan, pengangkutan, metabolisma dan pengeluaran)


Makanan: Produk yang berasal daripada tumbuhan atau binatang yang diambil ke dalam badan yang boleh menghasilkan tenaga dan nutrisi untuk mempertahankan kehidupan, tumbesaran dan memperbaiki tisu

Diet: Makanan dan minuman bagi seseorang untuk makan dan minum

Makanan memberikan sumber tenaga dan rasa selamat dalam kehidupan seharian. Ianya mempunyai berbagai fungsi antaranya dari segi nutrisi, sosial, fisiologi dan psikologi.
Dari segi Nutritional: ianya membekalkan tenaga, membekalkan fiber kedalam diet dan menyebabkan kelancaran pergerakan peristaltik (pergerakan esophagus).Ia juga membekalkan carbohidrat larut dan tidak larut, protein bagi membina dan memperbaiki tisu-tisu didalam badan, lemak untuk melindungi badan dan beberapa vitamin dan mineral. Air jga dibekalkan untuk memastikan kandungan dalam badan dalam porsi yang terbaik.


Dari segi sosial: Makanan diperlukan ketika keramaian dan majlis-majlis seperti harijadi, perkahwinan dan kenduri. Kita dapat lihat kepentingan makanan dari aspek ini kerana tanpa makanan sesuatu majlis yang diraikan tidak akan meriah.

Dari segi fisiologi
: Kepelbagaian dalam makanan memberikan variasi fungsi didalam tubuh badan. Makanan berperanan dalam mengawal tahap reaksi kimia didalam badan. Bagaimana hal ini berfungsi???? saya ambil contoh, lemak akan mengurangkan dan mengawal cholestrol dalam badan, protein akan menyebabkan halangan kepada masalah buah pinggang, gula yang berlebihan akan menyebabkan penyakit diabetes.
reaksi dalam badan
Dari segi psikologi: Makanan akan menyebabkan rasa selamat. bagaimana?? tentunya sebuah kehidupan memerlukan makanan. Kita akan rasa selesa apabila dapat makan dalam sesuatu situasi. Sebagai contoh ketika rasa stress!..makanan akan menyebabkan kita kembali normal kepada perasaan asal..betul x?. Seorang ayah atau ibu yang bekerja kuat bertujuan untuk menyara makan minum keluarga untuk terus kekal sihat dan dapat menjalani kehidupan seharian.

Jelaslah makanan amat penting dalam meneruskan sebuah kehidupan. Tanpa makanan hidup tidak akan bermakna. Sebagai penutup, nasihat saya kepada semua yang membaca, amalkan pemakanan dari makanan yang sihat......Kalau nak banyak lagi tahu tentang kesihatan....tunggu.. DR. SHAZRIZAL akan mengcopy....di mana-mana laman blog yang terbaik...maklumlahhhh malazz nak menulisss



Artikel Terbagos ini telah dipelajari (copy sikit-sikit....jgn marahhh)...dari laman blog


terima kasih mppunisza.blogspot




1 comment:

Rajin-rajinlah komen yerr

Kecomelan anda terserlah kalau anda klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...