Wednesday, May 16, 2012

Selamat hari guru.....Cikgu!!


Assalamualaikum.
Di kesempatan ni aku betol-betol nak ucapkan selamat hari guru kat semua cikgu-cikgu aku.Aku nak minta maaf kalau saya ada buat silap kat cikgu.(muka kesian).Semua Cikgu aku cikgu paling best sekali.Bangga jadi anak murid cikgu.

COMELkan doodles yang Fizgrahpic buat.

Aku teringat masa aku tingkatan satu dulu.Masa tuh aku masuk kelas hujung dan masa tuh pulak aku jadi pengawas.Bila kelas hujung,ofkoslah kelas bising.Bila kelas bising ofkoslah pengawas bertanggungjawab.Bila aku tak bertanggungjawab ofkoslah aku kene rotan.
Ya!! aku memang kene rotan sebab kelas aku betol2 depan bilik kaunseling.Orang lain kene rotan sekali,cikgu aku  rotan aku 2 kali sebab aku pengawas.Hahaha.


Masa form 4 dulu,(tahun lepas).Aku selalu tidur dalam kelas.Cikgu aku selalu cakap "shazrizalllllllllllll jangan tidurrrr"....haha....rindu betol time tuh..

Apa-apa pun.Saya nak ucapkan terima kasih kat cikgu sebab mengajar saya selama ini.Dan menjadikan saya pelajar yang berguna.
Terima kasih...

!!SELAMAT HARI GURU!!

Saturday, May 12, 2012

Fenomena Lelaki Berfeshen seluar Londeh


Perlu ke aku buat entry macam nih, macam pelik jerk...Tapi aku nak jugak buat entry nih sebab aku rimas dan menjengkelkan apabila melihat mamat-mamat yang bajet macho apabila mengayakan Seluar londeh sampai nampak boxer.Kalau londeh sikit-sikit takpe, ini kalau boleh seluar tuh nak melondeh sampai ke kepala lutot.Kalau boxer menawan takpe jugak...ni boxer macam cadar atok aku yang berzaman pun nak ditayang-tayang."SooOOO Annoying" bak kata datin-datin yang menggedik.

Sebenarnya aku pun pakai seluar londeh jugak.Tapi sikit-sikit jerk.Tak nampak macam londeh pon.Macam macho-macho gitu.Keh!..
Sebenarnya mak cik-mak cik serta aweks-aweks pown pantang bila nampak lelaki seluar londeh nih.Bukan pandang sebab sexy,tapi pandang sebab kesian tengok lelaki tu, tak mampu nak beli tali pinggang.

Benci dohh tengok gambo nih..Rasa nak hempas jerk ladtop aku nih.
engko engko engkorang semua jangan tiru gaya nih.Kurang kewarasan dalam dunia Feshen.Ampon kepada sesiapa yg terasa,,

ini Lagi sorang mamat nih.Justin bieber yang suka londeh-londehkan seluar dia.WhatThefish!! puihhh! puiiihhh!

Gambar yang dibenci oleh kaum wanita.Aku pon benci..

Kenapa ada feshen macam ni ha?? Apa gunanya tali pinggang dicipta?? 

Tapi jangan ingat lelaki jerk pakai seluar londeh....Yang pompuan kat sana tuh jangan nak kutok-kutok lebih-lebih.Korang pon sama.Cuba tengok drama karton di bawah ini.SooooOoo true dengan gelagat zaman sekarang nih.



Kan.kan.kan.kan pompuan pon samer....

So pikir-pikirlah.Kalau bawak kereta pakailah tali pinggang keledar anda.Kalau pakai seluar pakailah tali pinggang kulit buaya or besi paku or what ever anda.

Entry kali nih mungkin banyak yang sensitif.So aku mintak ampon yerrr......CABOOOTTTT!!!!

Saturday, May 5, 2012

Wahai tidur....Janganlah engkau Bermaharajarela


Sumber: NENEK GOOGLE

Krooohh...krooohhh...krooohhhh

ok,aku tidur tak berdengkur,cuma tidur terkeluarlah cecair basi dari mulut aku nih. Lebih-lebih lagi tidur dalam kepenatan, habis semua bantal aku berpeta Somalia,Argentina,...Scotland pon ada.

Straigh to the pointed atau Bahasa Malaysianya bermaksud "Terus Ke Titik" menurut google translate (maklumlah Bahasa inggeris aku nih jawa, pekse pon dapat A dalam mimpi, nak buat mcm mana, terpaksalah pakai google translate yg sentiasa guna present tense.)

Ok,aku sekarang ini mempunyai masalah tidur.Time aku nak baca buku, time tulah kepala aku nih nak tidur.Tidur telah bermaharajarela di dalam minda aku walaupun aku tak rela.Puiiihh!!

Sumber: Bapak Google

So macam mana nih??
Nak minum kopi, aku tak suka sebab mengandungi kefin (betul ke ejaan tu). Nak minum ubat tak tidur, ada ker??. Tapi bila aku tengok tv boleh plak sampai ke 12 malam,Pelik,pelik,pelik bin tak ajaib.

Kepada pakar motivasi di luar sana yg telah mmbaca artikel sedih ini.Silalah beri nasihat atau kata-kata motivasi kat ruangan komen di bawah.Plesssss yo!


PLEASEEEEEEEEEE!!

Wednesday, May 2, 2012

Kebaikan & Keburukan Antibiotik



Assalamualaikum,

Article ini aku copy kat http://malaysiakamu.blogspot.com/  So,selamat membaca!!!

Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itudijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama. 


Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik di gunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic) . Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii.. ... :) )
 

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh. 


Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?
 

1. 
Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.
2. 
Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar. 



3. 
Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
 

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusa n sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.
 



Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu? 


Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
 

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
 
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiot ik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati. 

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik".
 Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam. 

Cara Saya
 

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak perna h memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria. 


Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!


"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".
 

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.



Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama ku at juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!
 



Saturday, April 28, 2012

The Avengers, Filem terbaik


Tak sia-sia semalam pergi sampai ke Melaka semata-mata nak tengok filem Avangers nih.Lepastu terpaksa tunggu 2 jam untuk tengok yang 3D punya.Ternyata filem nih sangat best.


Dari mula sampai habis memang tak boring sebab ada adegan lucu perihal-perihal si Hero.Walaupun serius, cerita dia memang lawak.Tak rugilah bila kita tengok.Aksi yang berdebar-debar yang hebat terutamanya watak HULK tercukuplah hebat.


Cerita dia bermula apabila seorang mahluk dari planet lain iaitu abang kepada Thor nak ishtihar perang dengan bumi.Lepastu Pihak yang terlibat panggillah hero-hero supaya berkerjasama membantu untuk menghentikan perang tersebut.Lepastu korang pergilah tengok sendiri kat wayang...

Dalam filem nih aku paling suka watak Hulk dan iron Man.




Monday, April 23, 2012

~Bila Diri Ini Demam~


Pernah tak korang demam? Pernah tak diri anda diselubungi dengan virus-virus yang dikeluarkan oleh mulut anda disebabkan batok-batok  kahak. Alahhh ofkoslah pernahkan.....
Bila demam perkara yang paling best adalah Tak payah penat-penat pergi sekolah dan tidur macam beruang kutub kat rumah.

Sekarang ni aku tengah demam,batok-batok kat depan netbook ni .Sambil blogging sambil batok2 keluarkan virus.Siapa yang kene jangkit nasiblah....Niat di hati memang nak pergi klinik sebab kat sana ada doktor cun-cun.Tapi apakah daya,setiap hari selasa mesti doktor india banyak bulu tu yang rawat.


Hari ni aku cuti sekolah sebab demam.Hari ini aku terlepas kelas KIMIA,BIOLOGY,MATHEMATIC,dan FIZIK. Minggu depan nak exam peringkat Negeri you allzzz...Mana boleh main-main lagi nih!!!!
Cepat amik pistol, senapang dan pisau rambo!!! kita pergi berperang!!!!!!!



P/S:Korang ada tips tak cara nak hilangkan batok berkahak nihh...Sakit betol tekak nih dibuatnya..


Tuesday, April 10, 2012

Sudah lama tak Sentuh Blog nih. Al Maklumlahhhh budak Exam.

Assalamualaikum semua....
Lamanyaaa aku dah tak update blog ni kan.Rindu rasanyaa.
Aku rindu kat blog korang semua.Dah lama aku tak terjah sambil follow blog-blog yang hebat2.
Kalau korang nak tahu aku sekarang tengah berusaha untuk SPM.Segala Handpon dan alat eletronik yang lain aku off kecuali TV.hohOHO..

Sebab-Sebab Aku Dah Lama Tak update BLOG.

1.Blog Di Anak Tirikan


Bukan di anak tirikan sahaja,malah blog aku mungkin dimadukan ataupun dijandakan buat seketika.Sekarang ini cinta aku kat buku Biology,Add Math,Fizik,Kimia,Sejarah dan lain-lain.

2. Wifi kena Petir


Akibat taksub bermain facebook walaupun rumah dipanah petir sambung-menyambung, Semua eletrik rumah aku kene SHOT!!! wifi tak boleh ON..nasib baik tv ok...Bolehlah aku tengok Cerita Indon.hoho

3. Insaf


Ok.....lagi beberapa bulan lagiiiii aku nak SPM!!!!!!!  sediakan payung sebelum hujan batu menimpa.

4. Si muka dan badan Buku


Sekarang nih semua benda aku nampak buku.Sampai nasi Ayam pun aku nampak macam buku biology.Itu belum tengok kereta lagi,semua formula fizik terbang berterbangan kat kepala aku nihh..


Memang takde masa dibuatnya.Dengan study,tuisyen dan bla,bla,bla sampai nak online netboOk pun kat sekolah punya wifi.Ini pun ada sedikit masa yg terluang...ok lahh..tu jelahh aku nak tulis.Nanti jumpa lagi yaaa..

P?S:Untuk Berjaya kita mestilah berkorban


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALAU SUKA "LIKE" kat bawah ni..